Apa Itu Fortnite Save the World? Adakah Berbeza Dengan Fortnite Battle Royale?

0 1,256

Ramai orang mungkin mengenali Fortnite: Battle Royale tetapi tak ramai yang kenal game Fortnite versi yang asal iaitu Fortnite Save the World.

Versi ini merupakan versi awal sebelum Battle Royale dan anda harus membayar $39.99 . Battle Royale bercirikan last man standing, Save the World lebih kearah co-op mode dengan alur cerita sendiri. Jadi anda boleh main solo atau online dengan kawan anda di PS4,Xbox One, Mac dan PC.

Apa itu Fortnite: Save the World?’

Versi ini adalah game bercirikan co-op, dimana anda boleh bermain dengan team sehingga 3 orang pemain lain untuk berentap dengan musuh AI. Anda juga boleh main seorang dengan team AI anda untuk membantu anda menyempurnakan misi anda.

Anda akan disajikan misi demi misi, dimana anda harus mempertahankan lokasi anda daripada serangan musuh. Dalam misi pertahanan, anda dikhendaki mengambil masa untuk membuat kubu pertahanan termasuk mencari bahan untuk buat peralatan. Kemudian anda akan berentap dan mempertahankan kubu anda.

Setiap map akan generate misi untuk anda yang perlu disempurnakan. Ada alur cerita dan plot-plot yang perlu dilalui. Tidak seperti Battle Royale.

Perbezaan versi Save the World dengan Battle Royale.

Struktur bangunan yang digunakan dalam Battel Royale dalam pembinaan kubu adalah sama dengan Save the World. Kebanyakkan senjata yang digunakan di Battle Royale anda boleh didapati di versi ini. Tetapi versi ini menghadirkan banyak items dan perangkap baru. Senjata baru seperti laser rifles dan SMG yang tembak api juga boleh didapati. Selain itu, terdapat beberapa struktur kepingan baru.

Anda juga boleh dapat item baru semasa menuai barangan langka dan anda boleh digunakan untuk membuat item yang lebih baik.

Corak permainan di Save the World juga lebih strategik daripada Battle Royale dan memerlukan banyak persiapan.

Di entry lain, Team Moshed akan kongsikan hero-hero dalam Save the World.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.