Ekspo Game E3 2018 Bakal Menyajikan Maklumat Terkini Gaming – Apakah Jangkaannya?

0 1,075

Electronic Entertainment Expo 2018 atau lebih dikenali dalam kalangan gamer sebagai E3 2018. E3 2018 akan tiba tidak lama lagi. Setiap bulan Jun akan menjadi detik-detik industri games menampilkan barangan-barangan baru dan pengumuman yang mengiurkan.

Acara ini akan mempertemukan industri besar yang menerajui dunia games seperti Nintendo, Sony dan Microsoft. Para gamers menanti-nantikan pengumuman rasmi langsung dari mereka pada ketika ini. Seperti adakah kita akan mendapati game Half Life 3 pada tahun ini?

Acara ini akan berlangsung dari 12 Jun sehingga 14 Jun 2018 yang bertempat di Los Angeles Convention Center. Ubisof, EA, Microsoft, Bethesda, Square Enix, Sony dan Nintendo akan menyertai acara ini.

Sony telah memastikan bahawa sidang umum akan diadakan pada Jun 11. Sony akan menjawab pertanyaan adakah PS5 bakal dikeluarkan atau tidak. Pada ketika ini PS4 pro baru sahaja berusia kurang dari 2 tahun. Maka ramai yang menjangkakan Sony tidak akan keluarkan konsol terbaru namun mereka percaya PS5 sudah dalam pembinaan peringkat awal.

Sony akan menumpukan pada 4 game utama ini iaitu Death Stranding, Ghost of Tsushima, Spider-Man and The Last of Us Part 2.

Pada tahun lepas Xbox One X telah diperkenalkan, maka tahun ini ramai yang mengharapkan ada pelancaran perisian terbaru. Gears of War 5 juga mungkin akan ditayangkan dan khabar angin mengatakan Fable 4 juga akan tampil.

Bagaimana dengan VR? Sebagaimana yang kita tahu, Xbox telah melabur besar dalam HoloLens dan game VR yang ada pada ketika ini antaranya ialah Minecraft. Maka ramai yang mengharapkan game VR baru akan muncul.

Bagi Nintendo, Smash Bros akan menjadi tumpuan utama dalam acara ini. Gamers mengharapkan Animal Crossing dikeluarkan di Switch. Metroid Prime 4 hampir pasti akan berada di Nintendo E3. Akhir sekali, apa yang ramai orang tertanya-tanya game Pokemon di Switch. Khabar angin mengatakan Pokemon Stars, ia boleh jadi sambungan Sun/Moon atau sebuah tajuk yang baru.

Apa yang baru dari EA, gamer akan mendapat peluang untuk melihat dan bermain game terbaru dari EA Sports seperti Madden 19, FIFA 19, NHL 19 dan NBA Live 19. Selain itu, EA juga akan keluarkan game corak Battlefield yang terbaru.

Stay tuned, kami Team Moshed akan mengeluarkan maklumat terkini nanti bila acara telah berlangsung.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.