Liputan MESL 2018 Grand Finals dan Juga Pengenalan Brand Gaming Aorus dari Gigabyte

Pada hari Ahad yang lepas, team MOSHED Gaming telah dijemput ke Malaysia E-Sports League (MESL) di Midvalley Kuala Lumpur sebagai salah satu unit media untuk membuat liputan pertandingan tersebut.

MESL adalah salah satu pertandingan e-sports terbesar di Malaysia. Sesiapa yang menjuarai pertandingan tersebut layak digelar sebagai yang terhebat di Malaysia. Ramai kumpulan2 e-sports tempatan yang namanya mula tular di internet dan juga berita tempatan bertandingan di MESL tersebut. Antaranya GEEK FAM, Highgrounds, Flash dan Fire Dragoon.

Antara permainan yang dipertandingkan di MESL adalah Mobile Legends, FIFA 18 dan acara utamanya iaitu DOTA 2. Team MOSHED telah merakam suasana yang penuh dengan tenaga dan harapan tersebut untuk anda semua. ‘Grand Finals’ untuk permainan DOTA 2 telah menampilkan dua team yang terhebat di MESL iaitu GEEK FAM vs Highgrounds.

Kedua kumpulan mempamerkan kombinasi dan keserasian sesama kumpulan yang amat menakjubkan. Terasa seperti melihat pemain pemain international yang sedang bertanding. Grand finals diadakan secara ‘best of 5 games’. Game pertama dimenangi oleh Geek Fam dengan agak mudah. Walaubagaimanapun, itu tidak bermaksud apa apa untuk pasukan Highgrounds. Game kedua, pasukan Highgrounds mendominasi keseluruhan game. Akan tetapi, Geek Fam yang lebih banyak pengalaman dalam arena pertandingan seperti ini menunjukkan taringnya yang sebenar di game ketiga dan keempat sekaligus menjulang piala MESL 2018.

Secara keseluruhannya, event tersebut merupakan satu kejayaan. Tahniah kepada pihak penganjur dan juga para peserta. E-Sports di Malaysia sekarang sangat memberi kesan yang positif kepada ekonomi dan juga kebajikan pemuda pemuda gen Y.

Streamer Moshed Gaming, @HanaWispie juga berkesempatan untuk mengenalkan gaming brand Aourus dari Gigabyte.

Antara produk yang diperkenalkan oleh @hanawispie adalah seperti di bawah : –

1) Motherboard Z370 Aorus Gaming 7 ( RM 1400 )
2) Aorus K9 Optical ( RM 7++ )
3) Aorus K7 ( RM 5++ )

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.