Akhirnya Mod Zombi Hadir Di PUBG Mobile Minggu Ini!

0 968

Bagi korang yang kerap main PUBG Mobile, mungkin korang sudah menerima notification daripada PUBG bahawa PUBGM akan akan mengalami maintenance pada keesokan hari iaitu 18 Februari 2019.

Hal ini kerana PUBG M akan mendapatkan update terbaru iaitu update 0.11.0. Update ini akan menghadirkan mode zombi yang sering ditunggu-tunggu. Dimana korang boleh buat pembaharuan PUBGM pada 19 Februari di Google Play dan App Store.

Buat korang yang belum jelas tentang bagaimana mode zombi ini diaplikasikan, boleh baca disini.

Secara ringkas, mode Zombie PUBG Mobile atau nama rasmi mode tersebut ‘Sunset’ boleh dimain di peta Erangel dalam update beta. Kalau sebelum ini, 1 permainan mengandungi 100 pemain, tetapi dalam mode Sunset/Zombie hanya 60 pemain sahaja dalam 1 masa. Konsep masih sama, pemain dikhendaki bertahan menjadi terakhir, namun kalau sebelum ini hanya bertempur dengan pemain lain, kali ini korang terpaksa bertempur dengan zombie dan pemain-pemain.

Selain itu update ini akan menambahkan beberapa perkara berikut;

  • Tema Resident Evil 2 dan latar muziknya.
  • Cuaca baru: moonlight di Peta Vikendi.
  • Peta Sanhok boleh dimainkan di mode Arcade.
  • Feature ‘Push-to-talk’ dalam match.
  • Perubahan sistem safe zone dimana semakin jauh safe zone akan semakin meninggalkan kesan damage yang lebih banyak.
  • “Death cam” yang mengulang tayang cara anda mati
  • Kenderaan Tukshai untuk peta Sanhok

Buat korang yang pakai data, boleh pakat standby kouta. Stay tuned.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.