Game Apex Legends Musim Pertama Telah Tiba! Battle Pass Dan Legends Baru, Octane!

0 718

Usia game Apex Legends telah kini telah lebih sebulan. Sepanjang tempoh masa tersebut, game Apex Legends telah meraih lebih 50 Juta pemain. Kini sudah tiba masanya Respawn menghadirkan Musim Pertama Untuk game Battle Royale Apex Legends.

Musim Pertama atau nama tema – Wild Frotier telah dapat dinikmati. Respawn turut menghadirkan Legends terbaru Octane dan disertai dengan Battle Pass. Musim terbaru ini membolehkan pemain untuk mendapatkan hadiah mengikut tema tertentu tergantung pada prestasi pemain. Ada lebih dari 100 item yang boleh dibuka bagi mendapatkan skin senjata, banner frame dan XP boost.


Untuk mereka yang membeli battle pass, akan membolehkan mereka membua tiga skin Legends yang bertemakan Wild Frotier. Battle Pass ini akan dikenakan pada harga 950 Apex coin. Kalau ada duit lebih boleh buka Battle Pass Bundle pada harga 2,800 Apex Coins dan terus lompat ke level 25.

Buat anda yang tidak membeli battle pass tidak perlu khuatir, kerana anda juga boleh dapatkan skin, 5 pack Apex dan 18 Wild Frotiers Stat Trackers.

Selain itu, turut dihadirkan Legends terbaru berkaki besi iatu Octane. Octane atau juga dikenali sebagai “High Speed Daredevil. Legends ini dikatakan sesuai memegang peranan assasin dan long range.

Berikut adalah skill yang dimiliki hero Octane:

Passive – Swift Mend

Octane mempunyai self recovery dimana nyawa atau HP Octanne akan kembali recharge ketika tidak menerima damage dari musuh.

Tactical – Adrenaline Junkie

Berjalan lebih cepat 30% dari sebelumnya selama 8 saat, namun HP akan berkurang sebanyak 10%.

Ultimate – Launch Pad

Jump pad dapat digunakan untuk melemparkan seseorang ke ruang udara.

Pemain boleh dapatkan karakter ini melalui Legend Token atau 750 Apex Coins.

 

Untuk maklumat tambahan mengenai update dari sisi teknikal boleh baca disini.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.