Rasmi: Command & Conquer Bakal Hadir Dalam Dalam Telefon Pintar!

0 829

Penggemar-penggemar game strategi (RTS) terutamanya gamer awal dekad 20an tentu pernah main game “Command & Conquer”, paling tidak tahu akan kewujudan game tersebut. Game itu pada awalnya dikeluarkan oleh Westwood Studio yang terdiri oleh beberapa siri dan kemudianya Electronic Arts (EA) telah membeli Westwood Studio dan meneruskan penerbitan siri game Command & Conquer yang baru.

Secara keseluruhan game ini terdapat 3 siri iaitu Siri Red Alert yang mula dilancarkan pada tahun 1996. Antara siri-siri yang diperkenalkan ialah Red Alert: Counterstrike dan Red Alert: The Aftermath (1997), Command & Conquer: Red Alert 2 (2000), Command & Conquer Red Alert 2: Yuri’s Revenge (2001), dan Command & Conquer: Red Alert 3 (2008).

Siri selanjutnya ialah Siri Tiberian. Siri ini mula dikeluarkan pada tahun 1999 yang berdasarkan kepada keadaan politik dunia kiasan. Antara keluaran dalam siri ini ialah Command & Conquer Tiberian Sun: Firestorm dan Command & Conquer: Renegade (2002), Command & Conquer 3: Tiberium Wars (2007), Command & Conquer 3: Kane’s Wrath(2008), dan Command & Conquer 4: Tiberian Twilight (2010).

Tahun 2003,EA telah mengeluarkan game terbaru yang bernama “Command & Conquer : Generals”. Game ini merupakan revolusi kerana pelbagai perubahan dibuat berbanding siri-siri sebelumnya. Sejak ia dikeluarkan di pasaran, game itu menjadi fenomena tersendiri dalam kalangan para penggemar game strategi kerana corak permainannya yang menarik. Game ini memiliki kelanjutan iaitu Command & Conquer: Generals – Zero Hour.

Menurut kebanyakkan gamers, siri Zero Hour dan Red Alert 3 antara siri judul yang paling menarik. Walaupun game ini sangat popular namun ia mengundang banyak kritikan dalam kalangan pengguna bahkan sempat pernah diharamkan oleh beberapa negara kerana terdapat unsur keganasan.

Game ini sempat mati dan tidak diteruskan sirinya. Tetapi ada berita baik buat para peminat game RTS , pada agenda E3, EA telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri terbaru Command & Conquer iaitu Command & Conquer: Rivals. Yang paling best, ia akan dilancarkan di telefon pintar Android dan iOS. Gamer mobile boleh bertarung secara 1vs1. Game ini juga menawarkan dua front iaitu Global Defense Initiative dan Brotherhood of Nod.

GDI akan diketuai oleh 3 commander yang dibekali dengan kekuatan atau skill khusus masing-masing. LT.STRONGMAN merupakan seorang yang ahli dalam meningkatkan kekuatan Unit. DR. LIANG pula ahli dalam senjata moden seperti drone dan sebagainya. Yang terakhir ialah GEN SOLOMON yang merupakan ahli dalam senjata Utama seperti peluru berpandu.

 

 

Pasukan NOD juga memiliki 3 commander iaitu OXANNA CRISTOS yang merupakan ahli dalam serangan air dan diplomasi, SETH pula ahli dalam serangan kilat dan penyusupan ke dalam pertahanan musuh dan terakhir KANE ahli dalam penggunaan laser.

 

 

 

Setakat ini belum diumumkan lagi tarikh bilakah game tersebut akan dilancarkan.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.