Bai “rOtK” (DOTA 2) Didenda Berikutan Salah Laku Perjudian!

0 967

Jurulatih gaming Dota 2, Vici Gaming yang berasal dari China telah diundang padah selepas terbabit dalam skandal perjudian.

Bai “rOtK” Fan telah kantoi disebabkan tidak padamkan kamera dan mikrofon, menyebabkan perbualan dengan sesorang dapat didengar. Perbualan tersebut berkisar tentang pertaruhan mengenai pertandingan MegaFon Winter Clash yang melibatkan kumpulan PSG. LGD atau Natus Vincere.

Hasil percakapan beliau telah didengari oleh viewers sendiri dimana rOtK menyatakan kekesalannya berikutan pertaruhannya apabila PSG. LGD kalah dengan Na’vi. Perbualan tersebut juga merakam bahawa rOtK telah mempertaruhkan sejumlah wang dan rugi sebanyak 7,000 Dollar.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh Valve pada tahun 2016, semua yang terlibat tidak kira pemain, jurulatih atau pengurus, mereka diharamkan dari bertaruh untuk perlawanan profesional.

Video rakaman tersebut telah tular di sosial media. ROtK mengaku bahawa beliau tidak bersalah dengan memberi alasan bahawa perbualan itu adalah nasihat beliau kepada orang yang terlibat.

Setakat ini belum ada apa-apa komentar dari Valve, namun Vici Gaming sendiri telah mengenakan denda kepada beliau sebanyak $14,500 dan mengharamkan beliau dari streaming game.

Apapun kita berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.