Pasukan AI “OpenAI Five” Tumpaskan Juara Dunia Dota 2!

0 1,386

Pada tahun 2017, kita dapat melihat pertentangan sengit antara manusia dan AI dalam pertandingan Dota. Kemunculan bot OpenAI pada 3 tahun lepas telah berjaya mengalahkan pemain Pro dalam pertandingan 1 VS 1.

Pada tahun 2019, buat kali ketiga kita dapat menyaksiskan perlawanan tersebut berulang kembali dengan Open AI Five berlawan dengan juara The International 8 iaitu OG.

Untuk pengetahuan anda The International merupakan pertandingan tahunan terbesar Dota 2 yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan. Acara ini pun menjadi acara wajib dinanti oleh gamer Dota 2 di seluruh dunia. Dalam acara tersebut OG telah muncul juara.

Pda 13 April yang lepas, OpenAI Five telah bertemu dengan kumpulan OG. Pasukan OpenAI telah dilatih menggunakan teknik deep reinforcement learning. Dimana bot/AI telah diberikan kemampuan untuk mempelajari game.

Menurut Co-Founder OpenAI, Greck Brockman, ” Dalam 10 bulan ini, AI tersebut telah memainkan Dota 2 dengan bersamaan ribuan tahun,”.

Pasukan OG telah menggunakan best of three mereka, namun sedikit pun tidak beri kesan pada pasukan OpenAI Five. Dalam masa 30 minit sahaja, pasukan OG tumpas di tangan OpenAI. Pusingan terus berlanjut, namun pasukan OG hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.

https://www.twitch.tv/videos/410533063?t=

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.