Game Ghost of Tsushima Membawa Pemain Merasai Dunia Sebenar Samurai
Dalam acara E3 2018 yang lalu Sony sempat menampilkan salah satu game ekslusif PS4 iaitu Ghost Of Tsushima.
Game ini sebelumnya telah diumumkan namun tiada rincian tentang game tersebut selain penampakan watak samurai. Namun baru-baru ini, Sony menampilkan corak permainan Ghost Of Tsushima sehingga kita dapat mengetahui rincian game ini.
Game ini merupakan game genre action adventure yang berlatar belakangkan abad ke-13 atau lebih tepat pada tahun 1274, di mana pada ketika itu Jepun diceroboh oleh pasukan Mongolia.
Pemain sebagai salah satu Samurai bernama Jin merupakan samurai terakhir yang ada di pulau pertama pasukan Mongol dalam pencerobohan mereka, iaitu Pulau Tsushima.
Sucker Punch, developer menawarkan keindahan alam yang luar biasa. Tempat ini akan meletakkan anda dalam dunia permainan yang penuh dengan padang rumput, pergunungan sehingga hutan belantara.
Game open world ini akan menggunakan perspektif sudut pandang orang ketiga. Pemain akan bertarung sebagai seorang samurai sebenar dilengkapi dengan pedang katana dan suit pakaian traditional samurai.
Antara perkara lain yang menarik, game ini menawarkan nuasa yang senyap dan mengembara seperti Samurai dengan menggunakan kuda atau berjalan.
Game ini juga menghadirkan nuansa game yang dibuat untuk memberikan kesan mengerikan seakan-akan pemain hidup dan mati pada era tersebut. Dalam game tersebut satu tebasan dapat mematikan pihak lawan. Terdapat tambahan ciri-ciri lain juga yang membuatkan game ini lebih ganas dan menggerikan.
Selain pertarungan dengan pihak musuh dan askar. Game ini juga menghadirkan pertarungan antara hero dengan hero.
Bagi anda yang teruja game ini kemungkinan akan dikeluarkan ekslusif untuk PlayStation 4 dan belum mendapatkan tarikh pelancaran.