Versi Terbaru PUBG Mobile Hadir 17 April Ini!

0 1,106

Baru-baru ini Tencent telah mengumumkan tarikh PUBG Mobile akan melakukan update versi terbarunya pada 17 April. Penambahbaikan PUBG Mobile v0.12.0 akan membawakan mode “Darkest Night” untuk mod zombi dan termasuk senjata dan raksasa baru bagi Survive Till Dawn zombie mode.

Yang paling menarik dalam update kali ini selain mode Zombi ialah senjata baru yang banyak diidamkan oleh ramai pemain PUBG dalam mod zombi iaitu yang pertama ialah senjata RPG-7. Senjata ini merupakan sejenis Bazuka atau Rocket Launcher yang boleh pemain gunakan.

Senjata kedua ialah tawaran istimewa bagi mereka yang suka menggunakan panah atau crossbow iaitu Explosive Crossbow. Panahan Explosive Crossbow akan menghasilkan letupan jika terkena sasaran.

Darkest Night akan membawa tema bahawa pemain harus terus bertahan hidup selama satu malam sambil melawan para zombi.

Selain itu, beberapa penambahbaikan turut dihadirkan seperti Friendly Spectate Feature yang membolehkan pemain untuk melihat data dan maklumat pemain lain. Pemain dapat melihat data rakan-rakan yang sedang bermain termasuk memeriksa beberapa banyak pemain yang sedang menonton. Tema musim bunga juga akan diperkenalkan.

Untuk pengetahuan anda, pemain yang melakukan penambahbaikan(update) sebelum 23 April ini akan mendapatkan Outfit Box III (7d) dan 1,888 BP sebagai hadiah.

Ramai dalam kalangan netizen yang mengharapkan masalah bug pintu dan isu lag diperbaiki.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.