30 Ribu Pemain Telah Di ‘Ban’ Sejak Peta Vikendi Dilancarkan!

0 4,784

Dalam bulan ini, PUBG telah membuat pembaharuan dalam game mereka di kesemua platform. Update terbaru tersebut telah menghadirkan pelbagai pengubahsuaian dan penambahan.
.

Selain menghadirkan peta baru untuk kalangan pemain PUBG iaitu peta Vikendi, PUBG juga turut menggunakan sistem keselamatan yang lebih berteknologi tinggi. Sistem ini dikatakan lebih mampan dan dapat mengenalpasti hacker/cheater yang beredar dalam permainan.
.

Sejak update terbaru ini, sudah lebih 30 ribu pemain yang dikenakan hukuman ‘ban’. Malah lebih mengejutkan, ramai pemain profesional esports iaitu sekitar 16 orang juga telah diban kerana main cheat. Antara pemain proffesional yang dikenakan ban adalah EXQS, Papaya, Cageman, PlayerJones, Hoffmann88, Sezk0, Houlow, Kragen dan ramai lagi.
.

Teknologi ini dapat mengesan mana-mana pemain yang menggunakan aplikasi pihak ketiga terutama aplikasi Radar Hacking.
.

Lantaran hal tersebut ramai pemain professional telah kantoi menipu. Beberapa pihak pengurusan pasukan eSports yang terkait telah membuat permohonan maaf dan menggantung pemain mereka yang terlibat.
.

Apapun diharapkan selepas ini mereka yang main cheat, boleh berhenti dan bermain secara fair.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.