Ini 6 Tempat Looting Terbaik Untuk Chicken Dinner Di Map Vikendi!

0 3,462

PUBG baru sahaja melakukan update terbaru dan dalam masa yang sama peta baru pun dikeluarkan iaitu Vikendi. Sejak pembaharuan ini dibuat, pemain PUBG semakin mencanak naik. Tak sampai beberapa minggu pemain PUBG telah meningkat sehingga 1 Juta pemain di Steam. Hal yang sama juga berlaku di PUBG mobile, ramai yang main balik dan ramai yang mencuba untuk rasai keasyikan bertempur di map bersalji Vikendi.
.

Disebabkan peta ini masih baru, mungkin ramai yang belum arif dengan selok-belok peta ini. Kalau ikutkan peta Vikendi ada 4 kota besar, 11 kota kecil, dan 11 major landmark. Pasti ada yang tertanya-tanya dekat mana yang paling sempoi untuk mendarat dan dapat loot terbaik. Jadi admin kongsikan kepada korang 6 tempat terbaik yang boleh korang pertimbangkan.

1. Castle

Castle merupakan antara tempat yang popular di Vikendi. Tempat ini mirip dengan Hacienda di map Miramar. Ramai yang suka turun disini, selain menawarkan loot yang banyak, korang juga mudah untuk looting, tak perlu banyak bergerak. Tempat ini agak sukar untuk melihat pihak lawan dan memiliki lokasi sniping yang strategik.

2. Goroka

Goroka ini seperti Pochinki di Erangel, ia memiliki banyak bangunan yang saling berdekatan. Tentu sahaja perlengkapan yang ditawarkan sangat banyak. Bagi korang yang nak rasa sensasi pertempuran pada awal-awal permain boleh pertimbangkan untuk terjun disini.

3. Dobro Mesto

Dalam banyak-banyak tempat, tempat ini antara yang paling tinggi kebarangkalian untuk korang dapatkan item level 3. Atas faktor tersebut ramai yang berpusu-pusu ke Dobro Mesto. Jadi korang kena pakat standby.

4. Dino Park

 

Tepat ini tak kalah hebat, ia banyak tawarkan perlengkapan pertempuran. Selain korang dapat looting dengan banyak, korang juga dapat cuci mata tengok T-Rex. Sini banyak armor yang sempoi.

5. Cosmodrome

Lokasi ini merupakan tempat yang bagus untuk korang mendarat. Tempat ini membolehkan korang untuk berlindung dari tembakan sniper kerana ia ada ruangan bawah tanah. Dalam ruangan ini korang boleh bersembunyi dan di situ juga banyak looting yang boleh korang kumpulkan.

6. Winery

Winery merupakan tempat underated. Kebanyakkan orang lebih suka memilih untuk turun di tempat lain berbanding tempat ini. Dan banyak page juga tak memasukkan ia dalam list tempat looting yang best. Tetapi kalau kita tengok discussion di reddit atau forum pubg, ramai gamer yang yang mengatakan bahawa mereka banyak dapatkan barang level 3 termasuk scope 8x, scope 6x. Admin sendiri pun dah teroka, kadang-kadang tu memang senang nak dapatkan barang-barang best. Pendek kata tempat ni memang mantap.

Itu sahaja 6 tempat looting terbaik yang admin boleh cadangkan, kalau korang tak prefer 6 tempat tu boleh pertimbangkan krichas, hot springs dan cement factory. Selamat bertempur.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.