Tawaran Hebat Untuk Peminat Fornite Sehingga Julai Ini Sahaja

0 929

Jika anda seorang peminat game Fortnite terutamanya versi Battle Royale, tentu berita ini akan membuatkan anda tertarik untuk mencuba Fortnite versi satu lagi iaitu Fortnite: Save the World. Buat pengetahuan anda, game Fortnite: Save the World akan dijual dengan 50% diskaun sehingga hujung bulan ini.

Dengan diskaun 50% , anda boleh dapatkan versi standar pada harga $19.99 atau sekitar kurang RM 85 dan versi Deluxe pada harga $29.99 atau kurang RM125.

Versi Fortnite: Save the World adalah game yang bercirikan co-op, dimana anda boleh bermain dengan team sehingga 3 orang pemain lain untuk berentap dengan musuh AI. Anda juga boleh main seorang dengan team AI anda untuk membantu anda menyempurnakan misi yang dijalankan. Game ini memiliki alur cerita yang sangat menarik untuk anda tempuhi. Rugi tidak sambar durian runtuh ini.

Game ini akan terus bertambah menarik sepertimana yang dikatakan oleh penerbit Epic. ” Kami mempunyai banyak perkara menarik yang bakal kami hadir untuk versi Save the World pada tahun ini. Kami sedang bekerja untuk menghadirkan pelbagai misi dan musuh yang lebih pelbagai seperti musuh Super Shielder yang baru dan ini akan membawa pemain merasakan pengalaman yang lebih menarik.”

Dalam masa yang sama Fortnite juga telah memasuki musim ke 5 pada 6 hari yang lepas.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.