Nintendo Bakal Melakukan Tranformasi Gaming Untuk Telefon Pintar?

0 807

Surat khabar Nikkei melaporkan bahawa Shuntaro Furukawa berkeinginan untuk membangunkan permainan mobile hasil daripada kajian Nintendo terhadapa Pokemon Go.

Pengurus Nintendo yang baru ini melihat keuntungan besar yang mampu dikaut daripada permainan di mobile.

Shuntaro Furukawa memberitahu bahawa surat khabar Nikkei bahawa beliau mahu membangunkan syarikat operasi game telefon pintar kepada sebuah perniagaan yang bernilai $910 juta.

” Dari apa yang saya lihat, permainan telefon pintar antara perkara yang paling ingin saya kembangkan .” Kata Furukawa yang bakal mengambil alih syarikaat Nintendo pada bulan Jun nanti.

The Kyoto, sebuah syarikat di Jepun melaporkan bahawa jualan dihasilkan oleh syarikat Nintendo adalah sebanyak $8.9 billion setahun yang berakhir pada Mac 31. Kebanyakkan hasil adalah dijana melalui permainan konsol Switch.

Nintendo merupakan syarikat Gaming yang terkenal dengan game Mario,The Legend of Zelda dan banyak lagi. Namun berikutan trend gaming mula beralih kepada telefon pintar, Nintendo telah mengorak langkah dengan menjalankan kerjasama dan beralih kepada gaming telefon pintar pada tahun 2015.

Pelancara pertama ialah melalui Pokemon GO. Permainan tersebut menggunakan augmented reality dan berkehendakan pemain untuk berjalan-jalan termasuk mengelilingi dunia dengan telefon pintar bagi mencari Pokemon.

Menurut pengerusi Nintendo sekarang,Tatsumi Kimishima bahawa ”Pokemon GO, telah berjaya mentraformasikan jalan cerita dan corak permain untuk telefon pintar.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.