Fortnite Musim Ke-4 – Misteri Komet Terungkai, Banyak Penambahan Telah Dilakukan!!

0 734

Fortnite kembali dengan musim terbaru iaitu Musim ke-4 yang telah dilancarkan pada hari ini di PS4, Xbox One, PC dan iOS.

Sempena pelancaran, Fortnite telah mengeluarkan trailer terbaru.

Musim ke-4 ini akan memberi jawapan terhadap misteri kejatuhan batu komet. Pada pelancaran musim ke-4 ini, batu komet tersebut telah berlanggar dan meninggalkan sisa-sisa di sepanjang pantai sehingga menukarkan peta game tersebut. Walaubagaimanapun, menara Titlted masih berdiri teguh.

Komet tersebut telah memusnahkan beberapa tempat di dalam peta sebelum sempat 4 hero terbaru bangkit daripada timbunan batu.

Pelanggaran komet tersebut memberikan beberapa tempat baru untuk diterokai termasuk Hop Rocks yang baru. Rincian tersebut dibongkar dalam nota patch musim ke-4 tersebut.

Menurut nota patch tersebut, komet tersebut telah berlanggar dan menghadirkan beberapa kawasan baru untuk diterokai. Patch 4.0 juga memberi rincian terhadap Hop Rock yang bercorak terbaru.

Battle Pass terkini telah menambah beratus ganjaran baru termasuk 7 skin superhero.

Musim ke-4 juga telah memperbaiki banyak bug dan melakukan penambahbaikan. Antaranya ialah termasuk kebolehan memusnahkan struktur bahan di pulau.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.