The King of Fighters All-Star Dilancarkan Di Telefon Pintar Secara Rasmi

0 960

Pada minggu lepas telah terdapat berita bahawa SNK dan Netmarble mengumumkan tarikh pelancaran bagi game action RPG terbaru iaitu The King of Fighters All-Star yang akan dilancarkan pada 26 Julai 2018.

Seperti yang telah dirancang, develepor telah menunaikan janji mereka dimana Jepun menjadi negara pertama yang mendapat early-access dan pemain dapat memainkan pre-opening dalam tempoh 2 hari lagi. Belum ada rincian maklumat tentang versi global setakat ini.

The King of Fighters All-Star merupakan game yang bertemakan ARPG yang menampilkan pelbagai watak-watak hero The King of Fighters ’94 sehingga The King of Fighters XIII. Game ini berbeza dengan game-game The King of Fighter yang lama. Dalam The King of Fighters All-Star, pemain dapat melakukan berbagai super moves dan combo. Tidak hanya itu, penerbit juga menawarkan keasyikan jalur ceritanya yang tersendiri dan beberapa watak hero istimewa.

Walaubagaimanapun versi rasmi game ini belum dikeluarkan sehingga saat ini, namun anda dapat mengakses pada saat pre-opening dan kemudian melakukan pelbagai update nanti.

The King of Fighters All-Star dapat dimainkan dengan memuat turun melalui QooApp.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.