Shroud Bersedia Untuk Buat ‘Comeback’ Selepas Kemalangan Yang Menimpanya?

0 870

Beberapa hari lepas bekas pemain CS: GO untuk team Cloud9 dan streamer terkenal, Shroud telah terlibat dengan kemalangan. Rentetan kemalangan yang menimpa beliau ketika menaiki scooter menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di siku kiri dan hal ini juga menyebabkan Shroud terpaksa berhenti membuat live streaming di Twitch.

Ada yang berspekulasi bahawa kerjaya Shroud sebagai seorang gamer dan streamer bakal terjejas kerana kemalangan tersebut melibatkan anggota yang paling penting untuk gamer. Shroud turut memuat naik status di twitternya bahawa pergerakannya mungkin akan terganggu.

Buat korang yang selalu mengikuti permainan Shroud, ini ada perkembangan terbaru tentangnya selepas kemalangan. Shroud kini dikhabarkan telah boleh pulang oleh doktor malah beliau dianjurkan untuk sering-sering menggerakkan jari-jari dan bahunya. Melalui akaun twitter, Shroud juga sempat bergurau bahawa dia akan mula streaming walaupun beliau dikhendaki berehat selama seminggu.

Shroud mengkhabarkan bahawa beliau berkemungkinan mengalami beberapa keretakan di bahu. Pembedahan pertama adalah bagi membersihkan kesan luka dan mempastikan ia tidak dijangkiti kuman. Jika tiada, beliau terpaksa melakukan lagi satu pembedahan.

Setakat ini belum ada maklumat berkenaan jadual streaming beliau.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.