Tyler ‘Ninja’ Blevins Dibayar RM 4 Juta Ringgit Bagi Mempromosikan Apex Legends?

0 1,204

Game Apex Legends yang dihasilkan oleh Respawn dan diterbitkan oleh Electronic Arts (EA) merupakan salah satu game yang dapat dikatakan meletup dan berjaya mendapat tempat dalam industri gaming. Dalam masa 1 bulan sahaja game ini telah meraih 50 juta pemain sejak ia dilancarkan pada bulan lalu walaupun tanpa ada pra perlancaran seperti open beta dan sebagainya.

Namun tidak bermakna mereka tidak melakukan apa-apa promosi. Marketing merupakan salah satu aspek peting dalam pelancaran game.

Menurut laman web The Verge, EA telah mengeluarkan wang yang besar untuk membayar selebriti gamer terkenal Tyler ‘Ninja’ Blevins. Ninja juga merupakan Raja dalam Twitch (sebuah platform untuk streamer), beliau memegang rekod pemain game yang paling banyak ditonton live-streaming di Twitch iaitu dengan angka 628 ribu penonton dan subscribernya, pengikut NInja telah mencapai 13 juta pada ketika ini. Di Youtube pula, pengikut Ninja sudah mencapai melebihi 21 juta orang.

Dilaporkan EA telah membayar Ninja sebanyak US$1 juta atau RM 4 Juta lebih bagi memainkan game Apex Legends dan menyiarkan secara langsung di akaun Twitch beliau.

Walaubagaimanapun, pihak EA tidak mahu mendedahkan jumlah wang yang dikeluarkan bagi membayar streamers untuk mempromosikan Apex Legends.

Pada tahun 2018 lalu, Ninja sendiri telah menghasilkan pendapatan sebesar US$10 juta. Tahun ini ditambah pula dengan tambahan dari EA, nampaknya pendapatan Ninja bakal meningkat.

Walaupun biaya yang besar digunakan untuk tujuan promosi tetapi ia berhasil. Dalam masa singkat Apex Legends telah meraih 50 juta pemain.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.