Update Terbaru PUBG Lite – 3 Senjata Baru Dan Attachment Dihadirkan!

0 974

Kini game PUBG Lite telah berumur hampir 2 bulan. Pada awalnya ia hadir di negara Thailand pada 24 Januari kemudian dihadirkan di beberapa negara SEA bulan lepas.

Sebelum ini PUBG LIte telah menghadirkan update terbaru setalah 2 minggu ia dilancarkan. Update tersebut telah menghadirkan feature report, anti team kill dimana pemain tidak boleh membunuh rakan-rakan sepasukan mereka. Selain itu ia juga menghadirkan auto mode fire.
Beberapa update lain seperti memperbaiki kualiti grafik dan bugs juga dilakukan.

Pada minggu ini PUBG Lite hadir dengan update terbaru iaitu dengan menambahkan 3 senjata baru, attachment dan sistem ballistics.

Antara 3 senjata yang di hadirkan ialah:

1. Beryl M762

Senjata ini merupakan antara senjata kesukaan dalam kalangan pemain. Ia merupakan senjata assault riffle dan memiliki ruang attachment yang lebih banyak dari AKM. Senjata ini juga menghasilkan damage yang tinggi, cuma cons dia ialah perlu kawal recoil.

 

2. SLR

SLR merupakan senjata jenis DMR dan dapat memberikan dama yang agak tinggi. Senjata ini best untuk digunakan pada jarak menengah dan jauh bagi menembak musuh.

 

3. MK47 Mutant

 

MK47 Mutant merupakan salah satu assault riffle yang menggunakan peluru 7.62mm. Senjata ini bagus kalau untuk bertempur pada jarak sederhana jauh.

Attachment yang dihadirkan kali ialah scope 3x dan 6x. Sistem Ballistic pula ialah sistem yang meningkatkan kualiti grafik ketika menembak musih di air, kenderaan dan diding. Jadi grafik akan nampak lebih real.

Buat korang yang belum cuba PUBG Lite, boleh download menerusi lite.pubg.com atau garena.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.