Resident Evil 2 Remake Rasmi Akan Dikeluarkan Januari 2019- Info Dan Rincian!!

0 892

Beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2015, berita mengenai Resident Evil 2 Remake telah berlegar dalam dunia games. Namun dalam acara E3 2018, Sony dan Capcom sendiri telah mengesahkan secara rasmi bahawa mere ka sedang menyiapkan Resident Evil 2 Remake!

Pada 20 tahun lalu, Resident Evil 2 telah dikeluarkan untuk PSOne, Dreamcast dan GameCube pada tahun 1998. Sejak itu game tersebut telah menjadi game favourite ramai gamers. Setelah desakan daripada peminat akhirnya game itu kini akan dilancarkan.


Mungkin ramai yang beranggapan bahawa game versi remake ini tidak menghadirkan perbezaan yang ketara. Sebenarnya salah, game ini telah diupgrade grafiknya dengan perubahan yang sangat signifikan.

Melalui trailer rasmi yang dikeluarkan, ternyata Resident Evil 2 merubah hampir keseluruhan aspek dari siri originalnya. Tidak hanya termaktub grafik tetapi gameplay camera fixed yang dirubah menjadi third person shooter, hingga penyampaian jalan ceritanya mengalami perubahan signifikan.

Namun yang paling menggembirakan para peminat game ini, ialah elemen dan nuansa horror klasik yang masih lagi dijaga. Ditambah pula dengan kembalinya watak Leon Kennedy dan Claire Redfield sebagai watak utama pastinya membawa kesan nostalgia yang sangat kuat.

Resident Evil 2 Remake dijangka dapat menyaingi bahkan lebih baik dari Resident Evil 4.

Game ini akan dilancarkan pada 25 Januari 2019 di PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.