Call of Duty: Black Ops 4 Bakal Hadir Dalam Mode Battle Royal?

0 1,226

Pada ketika ini, permainan bercorak battle royale semakin mendapat tempat dalam kalangan gamers sehingga ia menjadi trend. Otai-otai seperit PUBG dan Fortniter antara yang menjadi pelopor dalam permainan batte royale. Walaubagaimanapun kini, sebuah francais yang telah stabil dan terkenal seperti Battlefield dan Call of Duty: Black Ops 4 juga berkemungkinan akan menambah mode battle royal dalam permainan mereka. Namun hal ini masih bersifat gosip yang berlegar dalam kalangan para gamers.

Terdapat beberapa sumber yang mengatakan Call of Duty: Black Ops 4 bukan sahaja digosipkan bahawa developer Treyarch akan menambah mode battle royal namun game tersebut juga berkemungkinan dapat dimainkan di Switch.

Walaubagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi lagi adakah Call of Duty akan dikeluarkan di Switch atau tidak. Jika ya, maka Switch akan memiliki mempunyai game battle royale yang pertama.

Terdapat beberapa kontroversi yang berlegar berkenaan Call of Duty 4 ini bahawa mode campaign berkemungkinan akan dihapuskan, dimana tidak ada single player. Treyarch akan menumpukan pada mode multiplayer dan Zombies. Tetapi perkara ini belum dipastikan lagi, hanya berlegar sebatas spekulasi dan jaringan gosip.

Apapun, stay tune berita rasmi daripada Activision pada Mei 17 nanti, dimana Activision merancang untuk membuat livestream berkenaan berita-berita tersebut.

Call of Duty: Black Ops 4 dijangka akan dilancarkan pada Oktober 12 di PC, PS4, dan Xbox One.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.