Game Call of Duty Mobile Sudah Bersedia Untuk Menemui Anda! Pra-Daftar Telah Dibuka!

0 1,301

Pada tahun lalu, Tencent dan Activision telah mengumumkan Call of Duty Versi Mobile. Kini ia secara rasmi akan dilancarkan untuk global, dimana anda dapat memainkan game Call of Duty di telefon pintar Android mahupun iOS.

Yang menariknya tentang game Call of Duty Mobile, ia percuma. Walaupun percuma, anda tidak perlu khuatir kerana kualiti grafik dan gameplay yang ditawarkan sangat superb. Game Call of Duty Mobile ini telah dibina dengan menggunakan 3D real-time Unity. Hal ini dijelaskan sendiri oleh Unity dalam sidang mereka.


Melalui trailer dibawah, anda dapat melihat grafik yang ditawarkan sangat cantik ala-ala grafik PlayStation 3.

 

Dengan kehadiran game ini, anda dapat menikmati sensasi pertempuran dalam bentuk First Person Perspective (FPP) yang dilengkapi dengan mod kompetitif, pilihan watak (characters), skin, peta dan lain-lain lagi.

Call of Duty Mobile ini akan memberi tumpuan pertempuran secara Multiplayer dari Call of Duty seperti di mod Search and Destroy dan Team Deatmatch. Beberapa peta yang pernah hadir dalam siri game Call of Duty turut dihadirkan dalam versi mobile seperti peta Nuketown, Crash dan Hijacked.

Tamsilnya, seperti yang dikatakan oleh Vice Presiden mobile Activition, Chris Plummer, ‘Kami hadrikan kepada anda sebuah game mode FPP dalam versi mobile dengan grafik yang cantik  dan gameplay yang menarik di Call of Duty Mobile’.

Mereka turut menjanjikan, banyak lagi mode menarik akan ditambahkan dari semasa ke semasa.

Setakat ini belum ada tarikh rasmi bilakah game ini akan dilancarkan, namun dapat dipastikan ia akan hadir pada tahun ini.

Buat anda yang tidak sabar, boleh membuat pra-daftar di sini.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.