Tencent Secara Rasmi Lancarkan Game Call of Duty Versi Telefon Pintar!

0 1,394

Beberapa bulan yang lalu sempat heboh dalam kalangan gamer bahawa gameplay dan screenshot seakan-akan Call of Duty versi mobile bocor di internet. Walaupun pada ketika itu ia tidak dinamakan Call of Duty tetapi ramai berspekulasi bahawa itu adalah game COD.
.

Namun sekarang segala teka teki telah terjawab apabila Tencent secara rasmi melancarkan game tersebut dengan diberi nama Call of Duty Legends of War. Game ini sekarang sedang berada dalam fasa Alpha Test, tetapi korang sudah boleh dapat muat turun game ini melalui laman web TapTap.
.

 

Dalam fasa Alpha Test ini korang disajikan dengan 2 mod berbeza iaitu mod Multiplayer dan mod Zombie. Mod Multiplayer seperti biasa iaitu korang akan bermain sebagai satu pasukan dan berhadapan dengan pemain lain. Ada beberapa jenis corak gameplay dalam mod ini iaitu rontline, Team Deathmatch,Search & Destroy, dan Free for All. Manakala unutk Zombie mod, korang akan bermain dalam bentuk story.


.Buat masa sekarang belum tahu tarikh rasmi bilakah versi penuh game ini akan dikeluarkan?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.