Pencabar Fortnite: Planetside Arena Mampu Hadirkan Sehingga 500 Pemain!

0 692

Daybreak Games sebelumnya dikenali dengan nama Sony Online Entertainment, baru-baru ini telah mengumumkan sebuah game battle royale keluaran mereka yang dinamakan Planetside Arena.
.

Game ini merupakan game multiplayer yang bergenre sci-fi dan berkonsepkan battle royale sehingga mampu menampung 500 pemain.
.

Menurut developer, game ini berlatar belakangkan sequel Planetside 2, dimana perang telah berakhir. Mapnya pula adalah sebuah map Amerish berukuran 64-kilometer persegi, yang digelar sebagai The Echoes of Amerish. Peta ini diadaptasi dan dibangun berdasarkan Amerish, benua ketiga yang developer perkenalkan di PlanetSide 2.
.

Pemain boleh memilih beberapa jenis watak berdasarkan kemahiran iaitu Assault, Medic atau Engineer. Beberapa jenis kenderaan turut diperkenalkan seperti tank, ATV, hover bike sehinggalah kepada jet pack.

Pada ketika ini terdapat 3 jenis mode iaitu mode battle royale solo yang dapat mendukung 100 orang pemain, mod last man standing dimana setiap pasukan ada 3 orang ahli dan mod tempur yang dapat mendukung 500 orang pemain.
.

Game ini akan dilancarkan di Steam pada pada 29 Januari 2019. Bagi korang yang buat pre-order akan dapat access kepada closed beta nanti.

 

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.