PUBG Corp Bakal Anjurkan Pertandingan, $2 Juta USD Untuk Dimenangi

0 1,131

PUBG Corp telah mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan sebuah pertandingan rasmi e-sukan peringkat global yang pertama bagi PlayerUnknown’s Battlegrounds pada tahun ini. PUBG Global Invitational 2018 akan diadakan di Berlan, Jerman pada musim ini. Sebanyak 20 pasukan akan dipilih bagi merebut hadiah sebanyak $2 juta.

Pertandingan ini akan diadakan pada 25-29 Julai. Sebelum pasukan-pasukan tersebut dipilih, mereka terpaksa berentap dahulu diperingkat negara yang bakal diadakan di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Rincian in akan dikeluarkan nanti. Tetapi akhir sekali hanya 2 pasukan sahaja akan berentap di peringkat akhir.

Pertandingan ini akan ditayangkan secara langsung di internet dan akan terdapat pengomentar. PUBG Corp akan merakamkan setiap rincian perlawanan tersebut.

Pertandingan ini bukanlah pertandingan pertama dianjurkan oleh PUBG Corp. Sebelum ini terdapat pertandingan Gamescom yang diadakan di Jerman pada tahun lepas.Pertandingan tersebut telah mendapat kritikan daripada peminat. Peminat mengharapkan pertandigan akan datang ini lebih baik.

Namun pertandingan tersebut berjaya meraih 5 juta penonton di PandaTV, sebuah syarikat China. Populariti PUBG di China semakin berkembang berikutan kerjasama dengan Tencent megacorp.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.