Hero Hang Tuah di Banned oleh Mobile Legends?

0 4,426

Mobile Legends berkemungkinan tidak akan memperkenalkan Hang Tuah sebagai watak hero terbaru. Kegagalan memperkenalkan watak Hang Tuah adalah disebabkan desakan yang kuat daripada pemain Indonesia yang membantah hal tersebut.

Menurut laporan GGWP.id, pemain daripada Indonesia telah mendesak hal itu malah dengan membuat petisyen sehingga ia menjadi kontroversi menyebabkan Moonton terpaksa menangguhkan watak Hang Tuah. Isu yang menjadi bantahan adalah senjata Hang Tuah iaitu ‘keris’. Mereka menuntut bahawa senjata keris yang menjadi trademark Hang Tuah adalah berasal daripada Raja Indonesia.

Pemain Indonesia menyuarakan bantahan Hang Tuah yang sepatutnya menjadi hero mewakili Malaysia menggunakan senjata yang berasal dari Indonesia (hal ini adalah menurut mereka).

Menurut Ask Vell yang merupakan Youtuber ML, mengatakan bahawa kegagalan mengeluarkan hero Hang Tuah adalah merupakan keputusan bisnes. ”Untuk pengetahuan anda, ML mendapat hasil keuntungan paling banyak dari Indonesia. Jika rakyat Indonesia tidak mahukan sesuatu maka ia tidak akan jadi,” – kata Ask Vell.

Memang benar bahawa Indonesia memegang pasaran yang besar dalam permainan Mobile Legends pada ketika ini. Walaubagaimanapun itu adalah pendapat peribadi Ask Vell.

Tambahan pula menurut pandangan-pandangan yang berlegar di Malaysia, penangguhan atau kegagalan mengeluarkan hero Hang Tuah oleh Mooton juga disebabkan dapat mendatangkan isu yang terkait kerajaan Malaysia.

Apakah tindakan Moonton seterusnya masih menjadi tanda tanya.

Credit Feature image:  Hero Hon

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.