Jangan Terlepas! Pendedahan Maklumat Terkini FIFA 19

0 1,047

Admin nak kongsikan beberapa persoalan-persoalan yang berlegar dalam kalangan peminat FIFA.

1. Bilakah FIFA 19 akan dikeluarkan?

Electronic Entertainment Expo 2018 atau lebih dikenali dalam kalangan gamer sebagai E3 2018 akan menampilkan sekilas permainan FIFA 19. Maklumat lebih rinci akan diumumkan pada ketika itu.

2. Adakah FIFA 19 akan mempunyai Champions League?

Ya, FIFA 19 akan menampilkan liga Eropah dan Champion. Hal ini adalah berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh pengulas yang berkerja untuk siri tersebut.

Juruulas Fox Sports, Evert Ten Napel, menzahirkan kegembiraan beliau terhadap 2 tambahan liga yang akan ditampilkan pada FIFA 19.

Menurut beliau, dalam game FIFA 19, game tersebut akan bertambah menarik dengan penambahan UEFA Champions League dan UEFA Europa League.

”Kerja saya sudah hampir selesai dengan versi 2019, kemudian ia akan dibawa untuk diuji cuba oleh pemain yang handal dan kemungkinan akan berada di kedai-kedai pada bulan Oktober ini.

3. Siapakah akan menjadi Model cover game?

Belum ada kata putus, mungkin Ronaldo, mungkin Harry Kane atau Neymar. Boleh jadi juga Mo Salah.

Cover star FIFA 19 hampir pasti akan diumumkan pada Jun ini dalam acara EA Play.

4. Adakah pemain akan mendapat muka baru pada tahun ini?

Maklumat yang ada ketika ini, EA telah lakukan scanning, kemungkinan banyak pemain akan ditambah baikan dari segi grafik muka.

5. Adakah corak permainan akan berubah?

Laporan mengatakan mungkin tidak, ia akan kekal sama kerana peminat tidak menyukainya.

Maklumat tambahan lain.

– Belum ada kepastian tentang penambahan stadium pada FIFA 19. Tetapi terdapat  10-15 stadium seharusnya ditambah.
– Terdapat 19 pemain akan mendapat penarafan yang berbeza pada FIFA 19.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.