Baru Berusia 2 Minggu – 16 Ribu Pemain Apex Legends Telah Di-Ban!

0 1,102

Game Apex legends kini baru sahaja berusia hampir 2 minggu. Kerana game ini Free to play dan unik, ia telah menarik ramai pemain sehinggakan dalam waktu seminggu, lebih 25 juta pemain telah mainkan game ini. Tentu sahaja dalam kalangan pemain itu terdapat pemain yang tidak bertanggung jawab dengan menggunakan cheat.

Moderators game battle royale Apex Legends telah mengambil langkah pantas dengan mem-ban lebih dari 16,000 cheater sejak game itu dilancarkan pada 5 Februari 2019. Bahkan Respawn, mengatakan jika mereka masih mengulangi kesilapan yang sama, hukuman lebih berat akan dikenakan.

Setakat ini belum ada feature yang membolehkan pemain melaporkan seseorang yang dicurigai sebagai cheater dari dalam game. Yang ada pada saat ini, para pemain boleh melaporkan orang yang dicurigai itu melalui website support dengan bukti screenshot atau rakaman video. Jika tanpa bukti pun, Respawn tetap akan menyiasat kerana mereka mengambil serius tentang hal ini.

Respawn menyatakan idea menambahkan feature report ke dalam game merupakan idea yang bagus. Berkemungkinan, feature ini akan dimasukkan pada masa akan datang.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.