ARCANA PUDGE Dah Officially Available Di Steam Market

0 1,248

Pudge dah ada arcana weh! Setelah sekian lama kita tunggu, Valve akhirnya memperkenalkan Arcana untuk Pudge yang dinamakan The Feast of Absecssion.

Ini semua hasil daripada undian orang ramai yang dah beli Battle Pass The International 2017. Dalam voting round, undian Pudge berjaya mengalahkan undian Rubick dengan margin yang tipis.

Pudge adalah salah satu Hero yang paling unik dalam Dota 2, yang mana skill Meat Hook dia sangat susah nak terkena enemy, tapi kalau sekali kena, perghh confirm GG. Kalau kita tengok Arcana Pudge, dia ada sepasang hellish hooks dekat belakang badan dia yang akan merobek badan enemy setiap kali dia cast ultimate skill dia, iaitu Dismember

 

Kisah di sebalik Hellish Hook
“Centuries ago, the Rumusque priestess Crella forged unbreakable links of hook and chain to bind the most powerful servants of the Dead God. But the Dead God’s corruption grew too strong even for Crella’s revered enchantments. Taken up with the rhythm of the Dirge, her chains abandoned their charge, turning instead to carry out the destruction of Crella’s homeland at the Dead God’s command. Now, their vile purpose long since served, the Chains of Abscession have sworn service to a new master… and the delights of butchery.”

 

Arcana ini ada dua style – yang basic, Feast of Abscession, sementara style kedua kita kena unlock dulu, dipanggil Grand Abscession. Style kedua ini sebenarnya diinspirasikan oleh Hero Rubick sebab masa voting kan Arcana Rubick kalah tipis, sebab tu dia buat Pudge punya second style warna hijau, which is sama dengan colour Rubick.

First Style

Second Style

MACAMANA NAK UNLOCK SECOND STYLE PUDGE ARCANA

Senang je, cara nak unlock second style dia yang dipanggil Grand Abscession, korang kena lah menang 12 game dimana team enemy ada Rubick. Haaa senang kannn. 12 game je. Goodluck!

Arcana ini juga ada special features yang dipanggil Counter Hook Streak, sama dengan namanya – countless of hook berturut-turut mendarat pada enemy hero. Kalau korang still tak faham, boleh tengok video yang Team Moshed Gaming sediakan.

 

HARGA ARCANA PUDGE

Harga arcana range lebih kurang sahaja, tak terlalu murah dan tak terlalu mahal, $34.99 USD , kalau kita convert, aroun MYR135.00 sahaja. Kalau nak dapat free, korang kena lah beli compendium. Mana tahu rezeki dapat free.

 

Jangan lupa SHARE dan LIKE post kami. Tenkiu.

Follow Moshed Gaming di:

Facebook : https://www.facebook.com/moshedgaming/
Twitter : https://twitter.com/moshedgaming
Instagram : https://www.instagram.com/moshedgaming/
Website : https://moshedgaming.com/

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.