Game Last of Us 2 Bakal Hadir Tidak Lama Lagi Di Playstation 4?

0 882

The Last of Us merupakan sebuah game video aksi pengembaraan seram yang dikembangkan oleh Naughty Dog dan diterbitkan oleh Sony Computer Entertainment.

Permainan ini pada awalnya dilancarkan untuk PlayStation 3 pada 14 Jun 2013. Kemudian versi The Last of Us Remastered, dilancarkan untuk PlayStation 4 pada 29 Julai 2014.

Dalam permainan ini, pemain mengendalikan watak Joel, seorang lelaki yang bertugas mengawal seorang gadis remaja bernama Ellie mengharungi suasana pasca-kiamat Amerika Syarikat.

Game ini memiliki banyak pengemar dalam kalangan gamer dan kini sedang heboh tentang kehadiran Last of Us 2. Disini Team Moshed Gaming kongsikan info terbaru tentang game ini.

Baru-baru ini di reddit, komposer lagu buat Last of Us, Gustavo Santaolalla telah mengeluarkan kenyataan bahawa Last of Us 2 bakal hadir tidak lama lagi. Susulan kenyataan tersebut dikeluarkan, para peminat mula bersorak.

Gustavo Santaolalla (The last of us soundtrack composer) just said that TLOU2 is coming very soon. from thelastofus

Kemungkinan khabar angin yang mengatakan Last of Us 2 akan keluar pada tahun ini akan terjadi.

Setakat ini The Last of Us: Part II bakal dikeluarkan untuk PS4 dan dikembangkan kembali oleh Naughty Dog dan belum ada tarikh rasmi.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.