Presiden IOC: Esport Tidak Akan Dipertandingkan Dalam Olimpik?
Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menyatakan beliau tidak yakin bahawa eSport untuk menjadi salah satu cabang olahraga di Olimpik. Menurut beliau terdapat beberapa perkara dalam eSport yang mengandungi kekerasan yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Olimpik.
Bach mengatakan “game pembunuhan” yang mempromosikan kekerasan atau diskriminasi tidak dapat diterima dalam Olimpik. Hal ini membuatkan Thomas Bach tidak yakin eSport untuk menjadi salah satu cabang olahraga di Olimpik.
Menurut laman Associated Press, tidak ada rincian tentang apalah yang dimaksud Bach tentang game pembunuhan atau diskriminasi. Beliau menegaskan bahawa e-sport tidak akan ditambah masuk sebagai acara Olimpik selagi ada unsur keganasan di dalam permainan.
Perkembangan ini sedikit sebanyak telah mengurangkan harapan komuniti esport untuk melihat Esport dalam acara rasmi Olimpik pada tahun 2020 ini.