Juara Dota TI 8, OG Tidak Akan Bertanding Dalam Acara Kuala Lumpur Major

0 921

Baru-baru ini pasukan OG telah berjaya merebut gelaran juara dalam acara pertandingan The International 2018 dan membawa pulang USD 11.209.141 sebagai hadiah kemenangan.

Pada minggu lepas, diumumkan bahawa acara pertandingan musim baru Dota 2 akan diadakan pada bulan November di Axiata Arena, Kuala Lumpur, Malaysia.

PGL sebagai penyelenggara acara pertandingan tersebut telah mengumumkan pembahagian pasukan bagi setiap daerah. Dalam masa yang sama juga, PGL telah mengumkan pembahagian regional qualifier dengan pasukan yang mendapat undangan.

Walaubagaimanapun, OG yang merupakan juara TI 8 telah menolak untuk ikut serta dalam pertandingan major pertama.

Pihak OG memaklumkan penolakan tersebut tidak berniat apa-apa, hanya mereka ingin memanfaatkan waktu luang dengan berehat.

Ada yang menganggap bahawa tindakan mereka adalah tidak patut. Ada juga yang menghargai keputusan mereka. Apa kata korang?

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.