PUBG Bakal Tiba Di PS 4, Ini Maklumat Yang Perlu Anda Tahu!

0 1,143

Esok iaitu pada 7 Disember 2018, game battler royale paling popular dalam genre battle royale iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) akan tiba di platform konsol PS 4.

Sempena menjelang pelancaran pada besok hari, developer PUBG telah mengeluarkan informasi tentang feature-feature yang bakal korang dapat dalam versi PS 4. Di sini admin ringkaskan maklumat tersebut.

Pertama, apa yang korang boleh harapkan ialah Map di PUBG versi PS 4 ini tidak jauh beza dengan apa yang ada sekarang. Jadi harapan untuk kita dapatkan Vikendi snow map nampaknya tidak kesampaian. PUBG PS 4 setakat ini hanya akan sajikan peta Enrangel, Miramar dan Sanhok sahaja.Kemungkinan akan datang akan ada.

Kedua, PUBG akan berikan korang hadiah iaitu skin payung terjun secara percuma. Apa yang perlu korang buat untuk dapatkan hadiah ini ialah korang hanya perlu log in sahaja.

Ketiga, korang masih boleh buat pre-order game PUBG. Terdapat 4 edisi iaitu Disc Editon, Looter’s Digital Edition, Survivor’s Digital Edition dan Champion’s Digital Edition. Korang boleh compar diskaun yang diberikan. Habuan kalau buat pre-order ialah korang akan terima sebuah skin The Nathan Drake Desert Outfit dari siri game Uncharted dan Ellie’s Backpack dari siri dan game The Last of Us.

Buat korang yang fans PUBG dan ada konsol PS 4 jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.