5 Penambahbaikan Penting Yang Bakal Hadir Dalam Game Fortnite

0 868

Epic Games telah menerbitkan sebuah tulisan rinci yang membincangkan penambahbaikan untuk Fortnite. Kebanyakkan perubahan ini kelihatannya untuk persediaan acara live akan datang dan acara pertandingan. Epic games telah menawarkan hampir RM 400 juta sebagai hadiah bagi acara pertandingan 2018-2019.

Team Moshed akan berkongsikan kepada anda  5 maklumat terkini kepada peminat-peminat Fortnite.

1. Akhirnya Epic Games bakal hadirkan Mod Playground.

Mod ini hanya akan ditawarkan dalam jangka waktu pendek, tetapi dengan ada mod ini permainan lebih menarik dan anda boleh buat kacau dalam Battle Royal dengan kawan-kawan. Feature ini telah menjadi permintaan oleh peminat. Akhirnya kita bakal melihat ia hadir dalam game tidak lama lagi.

Statistik dan cabaran tidak akan diambil kira dalam mode ini, jadi pemain tak perlu risau dan lebih bebas.

Epic Games mengatakan ini adalah langkah awal sebelum mod kreatif diterbitkan.

 

2. Penambahbaikan Challenge Progress

Game ini akan menampilkan kemajuan tantangan baru melalui pop up di versi 4.3 nanti.

 

3. Penambahbaikan dalam prestasi server

Bagi anda yang main game tiba-tiba mengalami game pause, anda tidak keseorangan. Menurut Epic Games, mereka sedang menyiasat isu ini dengan rinci dan sedang cuba memperbaikinya.

 

4. Skrin Victory Royale.

Epic Games akan mengubahsuai dan membuatnya lebih menarik.

 

 

 

 

5. Sistem Replay akan ditambah baik

Mod sistem ulangan yang ada sekarang sudah terbaik, tetapi Epic Games mahu tambah baik bagi acara Fortnite Celebrity Pro-Am yang akan diadakan pada E3 2018.

” Kami sedang membina feature kamera baru yang membolehkan anda berputar sekeliling anda.” ” Kami juga sedang menambah baik sudut map view dalam replay dan lain-lain lagi”. – Epic Games

Fortnite sedang menunjukkan prestasi yang baik dan perubahan positif dengan pantas. Kedengaran enak, apapun kita lihat bila ia dilancarkan nanti.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.