Pemain OpTic India Kantoi Menipu Dalam Acara Kejohanan Zowie eXTREMESLAND 2018 Asia Finals

0 714

Pasukan OpTiC India disingkirkan dari eXTREMESLAND 2018 Asia Finals berikutan salah seorang pemain mereka ditangkap menggunakan aplikasi penipuan dalam pertandingan melawan pasukan Revolution dari Vietnam.
.

Nikhil “forsaken” Kumawat, pemain bagi pasukan CSGO OpTic India telah kantoi menggunakan cheat semasa perlawanan pada pusingan kedua.
.

Pusingan kedua itu terpaksa dihentikan pihak penganjur kerana aplikasi anti penipuan “B5 platform anti-cheat” dapat mengesan aktiviti mencurigakan pada komputer milik forsaken.
.

Nikhil cuba menutup helahnya dengan memadam fail yang digunakannya untuk cheat. Namun malangnya ia dapat dipulihkan kembali oleh pihak pentadbiran walaupun tidak berupaya menjalankan aplikasi tersebut.
.

Namun berikutan terdapat video yang merakam perbuatan Nikihil forsaken dan bahan fail-fail yang ditemui, semua ini menunjukkan bahan bukti yang kukuh bahawa telah berlaku penipuan.
.

Akhirnya pasukan OpTic India disingkirkan dari mengikuti kejohanan. Perkara ini telah menyebabkan esport India dipandang buruk. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.