Perbandingan Game Battle Royal – PUBG, ROS dan Free Fire

0 2,021

Permainan Battle Royal merupakan corak permainan yang sangat popular pada ketika ini. Berdasarkan statistik di Playstore, lebih 10 juta orang memuat turun permainan telefon pintar PUBG. Rule of Survival juga memiliki jumlah yang hampir sama. Manakala Free Fire sudah dimuat turun 50 juta pemain.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga permainan diatas adalah permainan yang berbeza cuma konsepnya sama. Bila anda bermain anda akan temukan pengalaman permainan yang berbeza.

Entry kali ini, admin cuma buat perbandingan ketiga-tiga game ini iaitu PUBG, Rule of Survival (ROS) dan Free Fire secara asas.

1. Corak Permainan

Keitga-tiga game memiliki corak permainan yang sama iaitu semua pemain akan terjun ke sebuah pulau dan berentap sesama sendiri. Yang terakhir hidup akan dikira pemanang.

PUBG dan ROS ditempatkan di sebuah pulau yang memiliki keluasan 8x8km dan mendukung 100 pemain bagi PUBG dan 120 bagi ROS. Free Fire pula hanya mendukung 50 pemain.

Jadi anda akan terjun ke sebuah pulau yang dipenuhi bangunan dan loot.

2. Sistem Bulatan

Ketiga-tiga game ini memiliki ruang selamat yang ditampilkan melalui bulat putih. Bulatan tersebut akan mengecil dari semasa ke semasa. Jika anda berada di luar zon selamat, maka terdapat potensi anda akan mati, kerana nyawa akan berkurangan.

PUBG ada 3 bulatan iaitu biru, merah dan putih. Manakala ROS dan Free Fire hanya 2 bulatan iaitu merah melambangkan kawasan pengeboman dan putih kawasan selamat.

Maka ROS dan Free Fire menawarkan corak permainan yang lebih mudah dimana pemain tidak perlu terus menerus beranjak. Biasanya dalam Free Fire sebelum zon putih mengecil 3 kali, pemain sudah tamatkan permainan.

3. Senjata dan Permainan

Berdasarkan kiraan angka, PUBG menawarkan senjata dan loot yang paling banyak dan pelbagai. ROS hanya 17 senjata. Free Fire ada 18 manakala PUBG ada 25 senjata. Sistem combat PUBG adalah lebih realistik.

ROS dan Free Fire tidak begitu realistik dibandingkan PUBG. Pemain PUBG harus terus mencari senjata yang lebih baik dan memilih berdasarkan tujuan tertentu.

Penggunaan senjata dalam Free Fire dan ROS terasa lebih static. Bila anda telah menggunakan assault rifle, anda tidak akan rasa perlu untuk menggantikannya. Kita boleh katakan corak permainan dan system combat Free Fire dan ROS adalah lebih mudah dan lebih banyak aksi.

4. Hero Permainan

Dalam Free Fire ada feature yang unik dalam watak yang ditampilkan. Dalam PUBG dan ROS, anda adalah orang yang tidak dikenali. Hanya watak yang ingin terus hidup. Free Fire menawarkan hero yang memliki kelebihan tertentu.

 

 

 

Jadi, PUBG adalah untuk mereka yang ingin sesuatu yang serius dalam permainan. Penggunaan strategi dan teknik-teknik yang advance adalah sangat perlu.

ROS adalah untuk pemain yang mahukan gameplay yang pantas dan lebih aksi. Free Fire juga menawarkan hal yang sama.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.