Valor Cup Musim ke-2 Tawarkan Hadiah Sebanyak RM2 Juta Kepada Gamer Mobile!!

0 839

Acara paling dinanti-nantikan oleh oleh gamer-gamer telefon pintar iaitu acara mobile MOBA esports, Arena of Valor World Cup (AWC) yang akan berlangsung pada bulan Julai 2018 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Acara yang akan diadakan ini bakal menjadi sejarah baru kerana penawaran hadiah yang sangat menggiurkan. Pertandingan kelas dunia ini menawarkan jumlah hadiah sebesar USD 550,000 atau hampir RM 2,200,000 juta hadiah untuk dimenangi . Tawaran hadiah sebesar ini hanya baru kali ini ditawarkan, sebelum ini pertandingan mobile MOBA belum tawarkan hadiah sebanyak ini.

AWC bakal menghadirkan 12 pasukan sukan elektronik kelas dunia sebagai wakil dari 9 negara antaranya iala Taiwan, Hong Kong , Macau, Thailand, Vietnam, Indonesia, Singapore, Filiphina, Korea, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan tidak lupa juga Malaysia. Ini merupakan sebuah pencapaian yang patut dibanggakan kerana Malaysia mendapat 1 slot untuk mewakali negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa.

AWC menambah penghargaan baru supaya AWC kelihatan lebih menarik iaitu penghargaan  “Most Tenacious Team” (Pasukan Paling Kuat) dan “Most Creative Team” (Pasukan Paling Kreatif) untuk pasukan yang dapat membawa mobile gaming ke next level.

AWC juga menyediakan hadiah bagi MVP, “Best Killer” dan “Best Support”. Bukan untuk attacker sahaja, tanker yang banyak membantu pasukannya juga berpeluang menerima hadiah “Best Tank” sebagai penghargaan kerana menjadi pendekar.

Dengan tawaran hadiah-hadiah ini, mari buktikan Mobile Moba di Malaysia juga dapat mencatat nama.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.