Siri Drama Breaking Bad Bakal Hadir Dalam Bentuk Game Di Telefon Pintar!

0 872

Siri Drama Breaking Bad Bakal Hadir Dalam Bentuk Game Di Telefon Pintar!

Kalau berbicara tentang Breaking Bad, mungkin ramai yang mengenali siri drama ini dan pernah menontonnya. Ia merupakan siri drama yang paling popular pada tahun 2011-2013.
.

Alur ceritanya sangat mengasyikkan, watak yang dilakonkan juga sangat matang. Tidak perlu cakap tentang visaul, memang terbaik. Ia menceritakan tentang seorang proffessor kimia yang berkerja sebagai seorang guru dengan pendapatan yang cukup makan. Namun kerana keterdesakan hidup dan kesakitan cancer yang dialaminya, dia mengambil keputusan untuk menggunakan kepintaranya dengan menghasilkan syahbu.
Perubahan dramatik ini menjadi titik permulaan cerita Breaking Bad.
.

Yang menariknya siri drama yang memenangi banyak anugerahi ini akan diadaptasi kedalam bentuk game di telefon pintar. Adaptasi game Breaking Bad itu bakal berjudul Breaking Bad: Criminal Elements.
.

Breaking Bad: Criminal Elements bakal menampilkan watak-watak terkenal seperti Walter White, Jesse Pinkman, Gus Fring, Saul Goodman, dan Mike Ehrmantraut.
.

Setakat ini belum diketahui bilakah game ini bakal dilancarkan, namun dengan keluarnya teaser ini, ramai yang menjangkakan game ini bakal dikeluarkan pada tahun ini. Pengadaptasian dari siri drama menjadi sebuah game merupakan idea yang baik dan ia bakal menarik lebih banyak developer untuk adapatasi siri drama lain dalam bentuk game.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.