Ini Respon Pihak PUBG Tehadap Game Battle Royale Baru – Apex Legends!

0 1,568

Buat korang yang belum tahu tentang keberadaan game Apex Legends, ini sedikit ringkasan tentang game ini. Game Apex Legends merupakan game battle royale yang baru sahaja dikeluarkan iaitu pada dua hari lepas. Game ini dibangunkan oleh Respawn Entertainment dan dinaungi oleh EA Games.

Walaupun baru sahaja 2 hari dikeluarkan, game ini telah mencatat angka pemain melebihi 2.5 juta dalam masa 1 hari. Iaitu suatu angka yang jauh mengatasi PUBG dan Fortnite semasa hari pertama ia dikeluarkan. Game ini boleh dikatakan ala-ala campuran Overwatch dan Call of Duty. Ia juga mendapat perhatian streamer terkenal seperti Michael “Shroud” Grzesiek dan Guy “DrDisrespect” Beahm. Paling penting, game ini adalah PERCUMA.

Populariti game Apex Legend ini telah mendapat perhatian creator PUBG, Brendan Greene. Walaupun Apex Legends merupakan pesaing game PUBG, namun Greene malah memuji game ini dan mengucapkan tahniah atas pelancaran Apex Legend oleh Respawn Entertainment.

Bukan hanya pihak PUBG sahaja merespon game ini, malah creator God of War – Cory Barlog dan developer Call of Duty – Robert Bowling juga memberi kenyataan yang positif. Kebanyakkan berpendapat game Apex Legend ini menawarkan permainan Battle Royale yang unik dan seru.

Korang yang berminat untuk mencuba game battle royale yang baru ini, korang dapat memainkannya di PC melalui website Origin, PlayStation 4, atau Xbox One.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.