Lepas Ini Plan Unifi 30Mbps Bawah RM100? Berita Baik Untuk Semua Gamers!

0 1,723

Telekom Malaysia Berhad (TM) akan memperkenalkan pakej internet mampu milik Unifi berkelajuan 30Mbps untuk golongan sasar B40. Harga yang ditawarkan kurang daripada RM100 iaitu 40% lebih rendah daripada harga semasa.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Bazlan Osman berkata pada Selasa bahawa akan ada pakej istimewa untuk naik taraf pelanggan Streamyx di kawasan Unifi seluruh negara.

Berikut adalah perancangan terbaru TM yang diumumkan pada Selasa:

  1. Plan Unifi berkelajuan 30Mbps adalah untuk kumpulan berpendapatan rendah supaya mereka boleh mengakses internet berkelajuan tinggi pada harga kurang daripada RM100. Pendaftaran untuk pra-tempah bermula pada 15 Julai di unifi.com.my.
  2. Terdapat juga tawaran Unifi ‘turbo’ yang memberikan kelajuan dua kali ganda. TM akan menaik taraf kelajuan internet untuk pelanggan sedia ada secara beransur-ansur tanpa sebarang kos tambahan bermula pada 15 Ogos 2018. Bagi pelanggan baru sebelum 31 Disember 2018, kelajuan internet mereka juga akan dinaik taraf pada 2019.
  3. Pakej istimewa naik taraf pra-unifi yang dikenali sebagai Streamyx sebelum ini untuk pelanggan di kawasan Unifi seluruh negara.
  4. TM juga akan melancarkan semula plan Pasca-bayar Mobile Unifi yang akan memberikan pelanggan data tanpa had termasuk panggilan dan pesanan ringkas.

Telekom kini mempunyai pelanggan broadband di dua juta rumah, lebih 8 juta individu dan 10 juta peranti yang berhubung melalui perkhidmatan yang disediakan di seluruh negara.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.