Game Metal Slug Siri Terbaru Bakal Hadir Tahun Ini?

0 63

Anda tentu dah biasa dengar dan tahu tentang game Metal Slug. Game ini menjadi kegilaan gamer-gamer yang lahir pada tahun 80an, Sebuah game klasik tembak menembak yang membangkitkan nostalgia masa kecil.

Buat anda yang menggemari game Metal Slug, ada sebuah berita baik. Dimana SNK Corporation developer game Metal Slug sedang dalam proses mencipta game Metal Slug siri terbaru.

Menurut laman web Gematsu, siri terbaru ini akan sangat berbeza dengan siri Metal Slug yang pernah diterbitkan sebelumnya. Siri terbaru ini bahkan akan turut dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Untuk pengetahuan anda, siri terakhir Metal Slug ialah Metal Slug 7 yang dilancarkan pada tahun 2007 lalu disusuli oleh Metal Slug XX yang dilancarkan pada tahun 2009.

Berdasarkan informasi, siri terbaru Metal Slug akan dilancarkan pada akhir tahun 2019 atau awal 2020. Sementara tunggu, korang boleh main Metal Slug infinity dahulu.

 

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.