4 Pemain Professional PUBG DiBanned 3 Tahun Kerana Kantoi Menipu!
Baru-baru ini empat pemain professional/ atlet Esport PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) telah dijatuhkan hukuman larangan menyertai mana-mana pertandingan anjuran National PUBG League kerana telah didapati menggunakan program haram/illegal.
.
Setelah badan berwajib melakukan siasatan, pihak PUBG mendapati individu yang bernama berikut adalah;
Christian “Cuhris” Narvaez,
Liam “Liammm” Tran,
Tyler “DevowR” IMS, dan
Mark “Tefl0n” Formaro
telah menggunakan program tidak sah dalam permainan. Mereka merupakan pemain-pemain yang dipayungi oleh pasukan Esports Almost, Death Row, Team Totality and Reapers. Namun lebih mengecewakan ialah mereka menggunakan cheat semasa dalam pertandingan peringkat kelayakan sedang berlangsung.
.
Hal ini bermaksud 4 pemain tersebut hanya dapat mengikuti pertandingan NPL pada tahun 2022. Namun hukuman ini adalah hukuman yang datang dari PUBG, apakah pemain-pemain ini akan menerima hukuman daripada pasukan mereka, masih belum ada makluman.
.
Selain itu, pihak PUBG juga mengatakan, jika kejadian seperti ini berulang lagi maka PUBG akan mengeluarkan sistem penalti global secepat mungkin.
.
Untuk pengetahuan korang, Preseason NPL kini sedang berlangsung dan akan tamat pada 13 Januari ini. 16 pasukan teratas akan layak memasuk fasa pertama NPL.