Custom Match PUBG Bakal Percuma Atau Berbayar? – Jawapan Pembina Game PUBG
Sebelum ini penerbit game PlayerUnknown’s Battlegrounds telah menawarkan ciri-ciri Custom Match melalui custom server. Dimana pemain boleh bermain PUBG dengan cara mereka tersendiri.
Custom Match itu diadakan dalam test server sebagai open beta dan dapat lakukannya secara percuma. Walaubagaimanapun tawaran ini terhad hanya 10,000 game agar server tersebut stabil. Pemain telah menikmati itu tanpa ada sebarang kos. Pada minggu lepas, ramai yang spekulasi bahawa Custom Game ini akan mula mengenakan bayaran. Ternyata spekulasi tersebut benar.
Pada hari ini terdapat laporan, sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pembina game PUBG, Brendan Green dalam temuduga dengan PCGamesN,. Green mengatakan bahawa mereka tidak dapat menghadirkannya secara percuma. Hal ini adalah supaya Custom Match dapat dimainkan untuk semua pemain secara lancar.
Tambah Green, “Points, BP atau wang rasmi akan menjadi cara transaksi pembayaran server tersebut.
Setelah mengeluarkan mode terbaru iaitu war mode, custom server akan menjadi sasaran mereka selanjutnya. Platform tersebut akan menjadi tempat custome mode. PUBG mahukan pemain mempunyai kesempatan untuk membuat mode baru dengan mode default yang telah disediakan agar pemain dapat bereksperimen dengannya.