Developer Spec Ops: The Line Umumkan Game Baru Bertema Sci-Fi

0 1,288

Beberapa tahun lepas game yang dihasilkan oleh Yager ini telah memukau banyak gamer. Game Spec Ops: The Line  game menembak yang bergenre third person ini sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat game. Game ini berjaya mempersonakan ramai orang kerana menawarkan jalan cerita yang sangat cantik. Sebuah situasi perang dengan penuh kesedihan, ketakutan, kekhuatiran, bahaya, semuanya digambarkan secara realistik ketika tahun 2012 game ini dikeluarkan.

Bagi anda yang pernah main atau mengindamkan game Spec Ops: The Line suatu ketika dahulu, ini berita baik buat anda. Yager kini secara rasmi mengumumkan sebuah game bary yang bertema sci-fi iaitu The Cycle.

Game sci-fi shooter telah mula dibuat pada awal tahun 2018 ini berbeza dengan Spec Ops: The Line yang menumpukan pada alur cerita untuk mode campaign, manakala The Cycle direka sebagai sebuah game FPS multiplayer.

Permainan akan berasaskan pertempuran antara dua pasukan untuk quest dalam sebuah match dalam tempoh 20-30 minit. Pemain akan mengembara dalam dunia open-world yang bernama Fortuna III. Dunia yang dipenuhi dengan alien dan sumber semula jadi.

Selain Quest, pemain juga boleh bekerjasama dengan player lain dalam melakukan pengembaraan termasuk terlibat dalam black market dan crafting.

Setakat ini belum ada maklumat lanjut bentuk gameplay game tersebut.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.