Setelah 2 Tahun Akhirnya Niantic Hadirkan Fungsi Ini Dalam Pokemon Go!

0 885

Pokemon GO kini sudah berusia 2 tahun namun masih lagi mendapat tempat dalam sebahagian kalangan pemain. Jumlah muat turun di Android telah melepasi 750 juta kali.

Di Malaysia masih ada beberapa komuniti yang masih bergiat aktif. Pada Ogos 2017 yang lalu, pihak Niantic sebagai developer mengatakan masih ada 65 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Maka masih ada orang mengembara untuk menangkap pokemon.

Buat pemain Pokemon Go, baru-baru ini ada berita gembira buat anda. Semenjak 2 tahun lalu, akhirnya Niantic akan segera membuat penambahan sistem trading pokemon dalam waktu terdekat ini. Sebelum ini fungsi trading hanya ditampilkan melalui trailer yang pertama kali dilancarkan. Tetapi selepas ini pemain Pokemon Go boleh melakukan penukaran dalam waktu terdekat.

Fungsi trading ini merupakan fungsi yang penting dalam setiap siri game Pokemon sejak era Pokemon Red, Blue dan Green lagi.

Se;lain daripada fungsi pertukaran, Pokemon Go juga hadir dengan fungsi pertambahan rakan. Dimana pemain dapat bermain bersama dengan rakan. Untuk menambahkan daftar rakan, pemain harus memiliki sebuah code daripada pemain tersebut.

Untuk meningkatkan lagi sinergi dan level, pemain boleh melakukan perlawanan di Gym atau battle bersama-sama.

Adakah langkah ini dapat mengembalikan kegemilangan permainan ini kerana fungsi ini dilihat sudah agar terlambat, kerana ramai pemain Pokemon Go telah mengundurkan diri daripada permainan?

Menurut Jurutera Niantic, Kristen Koa “Kami ingin memastikan semuanya berjalan lancar. Saya berharap kami dapat memberikan sesuatu yang sederhana dan dapat dinikmati,”.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.