Ini 6 Makluman Penting Untuk Mereka Yang Menanti Call of Duty: Black Ops 4

0 956

Pernah dimaklumkan dahulu bahawa Call of Duty: Black Ops 4, musim kali ini tidak akan menggunakan mod campaign single player seperti keluaran Call of Duty musim sbeelumnya. Penerbit nampaknya ingin mencuba mod dan corak permainan baru pada sesi kali ini. Game ini merupakan game yang dinantikan oleh ramai gamers, justeru Team Moshed akan hadirkan beberapa makluman penting berkenaan game Black ops 4.

1. Black ops 4 beta akan dilancarkan di platform PS4 pada 3 sehingga 6 Ogos. Ia akan bermula pada jam 10 a.m PT. Pada minggu kedua pula, game tersebut akan dibuka sekali lagi di PS4 dan Xbox One.

2. Pemain PC akan mendapat merasakan game versi beta ini dari jam 10 a.m hari Sabtu, 11 Ogos sehingga 10am PT Isnin. Untuk akses anda memerlukan akaun Battle.net.

3. Bulan Ogos menandakan Black Ops 4 beta untuk multiplayer. Bulan September juga dilancarkan beta dengan mod Blackout. Tiada rincian lebih, namun pemain akan merasai pengalaman baru seperti battle royale atau zombi. Mungkin.

4. Tarikh pelancaran Call of Duty: Black Ops 4 di PC, PS4, dan Xbox One ialah pada 12 Oktober 2018.

5. COD ; Black Ops4 telah mengeluarkan trailer zombi terbaru semalam. Trailer tersebut menunjukkan dua dari tiga mod zombi. Ini 3 mod zombi, IX, Voyage of Despair, dan Blood of the Dead.

6. Terdapat berberapa perubahan dalam permainan seperti beberapa peta dihadirkan kembali antaranya Nuketown. Mode baru seperti control. Perubahan dalam healing, dilakukan secara manual. Pengalaman bertempur yang lebih kompleks dan rumit.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.