Selangor Cyber Games 2018 Tawarkan Hadiah Lumayan

0 936

Baru-baru ini Majlis Sukan Negeri Selangor mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali kejohanan Selangor Cyber Games untuk tahun ini. Selangor Cyber Games merupakan salah satu acara esport yang telah diadakan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor pada tahun lepas.
.

Bagi tahun ini, kejohanan Selangor Cyber Games 2018 akan diadakan di Empire City, Petaling Jaya, Selangor pada 27 dan 28 Oktober.
.

Kejohanan ini akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak suku juta ringgit iaitu RM250,000. Sebanyak 6 games esport akan dipertandngkan iaitu Dota 2, PUBG, FIFA 19, PES 2019, Tekken 7, Mobile Legends: Bang Bang.
.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran, korang boleh lihat di laman web rasmi Selangor Cyber Games.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.