PUBG Bakal Hadirkan Ciri Pemilihan Peta Tidak Lama Lagi!

0 1,120

PUBG akhirnya memberi kebebasan kepada pemain untuk memilih peta permainan mereka sendiri. Pemain PUBG sudah berbulan-bulan meminta agar hal ini berlaku tetapi pencipta game belum izinkan tetapi akhirnya terapaksa akur juga. Map Savage 4x4km pula sedang dalam pembikinan, baru-baru ini beberapa konsep beta dilancarkan.

Menurut PUBG Corp, mereka menangguhkan peta ini kerana khuatir ia akan memberi masalah matchmaking, namun mereka telah menjumpai solusi untuk mengatasinya. Lihat gambar di bawah bagaimana gambaran pemilihan peta nanti jika ia telah diimplimentasikan.

Kami telah mencipta mode pemilihan peta ini tetapi terdapat isu dalam matchmaking. Kami cuba atasinya dan akan lancarkannya nanti. UI ini mungkin akan berbeza dengan gambar diatas bila diaplikasikan nanti. Ini atrucaranya nanti ;

1. Pemain boleh pilih peta yang pemain mahukan.
2. Jika pemilih pilih lebih daripada 1 peta, maka ia akan random pilih untuk anda.

Pada ketika ini belum ada tarikh bilakah pemilihan peta dapat dilakukan, tetapi PUBG Corp berjanji akan melancarkan feature ini tidak lama lagi. PUBG boleh dimainkan di PC, XBOX One dan telefon pintar, cuma pada ketika ini hanya PC sahaja mempunyai pelbagai peta.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.