Inilah Cara Bagaimana Pemain PRO Mencipta Pasukan Yang Ideal Dalam PUBG.

0 2,538

Bagi yang baru dalam PUBG, game PUBG menawarkan 2 jenis mode iaitu classic dan arcade. Biasanya pemain akan pilih classic. Dalam mode classic ada tiga jenis corak permainan. Anda boleh pilih untuk main seorang, duo atau squad iaitu 4 orang.

Untuk entry kali ini, Team Moshed akan fokuskan pada Squad iaitu 4 orang. Bagaimana anda dapat mencipta sebuah pasukan yang ideal? Bagaimana untuk melakukan komunikasi? Bagaimana untuk mengoptimumkan peranan masing-masing? Peranan dibawah hanyalah peranan asas, anda boleh sesuai ikutkan keadaan dan situasi permainan.

Apabila bercakap tentang pasukan maka yang paling utama adalah tentang bagaimana memainkan peranan masing-masing. Jika setiap orang dapat memainkan peranan masing maka pasukan tersebut akan menjadi pasukan yang kuat.

Pertama: Peranan Komunikasi

Secara asas kita boleh bahagikan ia kepada 2 jenis peranan. Makro dan mikro.

Makro – bertanggungjawab pada corak permainan secara holisitik atau bigger picture gameplay. Seperti lokasi pertama mendarat, zon masa bulatan, memberi arahan kepada pasukan tentang bagaimana untuk bergerak dan bila untuk bergerak. Tetapi bila perang tercetus, peranan komunikasi mikro akan ambil alih.

Mikro- lebih kearah hubungan dengan ketua. Setiap pemain akam mengabil posisi teknik masing dan ketua bertanggungjawab meletakkan objektif. Ada beberapa rules/ batas yang pasukan harus patuhi, seperti hanya tembak apbila semua rakan pasukan dapat lihat musuh.Mengambil kira bagaimana cara untuk bertempur atau bergerak ke kawasan yang lebih kecil. Biasanya apabila musuh kurang 25 orang maka komunikasi akan lebih kepada mikro.

Kedua : Peranan Pemain

 

Kategori ini adalah kategori asas, anda boleh suaikan dengan pasukan sendiri terutama pasukan yang telah mempunyai bond/pertalian sesama ahli. Pembahagian peranan ini juga memudahkan pembahagian barang.

1. Commander

Ketua/Commander akan memainkan peranan sebagai pengawal/pembimbing. Watak ini akan dilengkapi dengan senjata utama dan equiment mid-range seperti scope 2x/4x. Tugas utama watak ini ialah sebagai petempur jarak dekat dan sederhana. Senjata yang paling sesuai ialah Assault Riffle dan kelengkapan bom terutamanya bom asap. Tugas utama, memberi arahan dan membimbing pasukan.

2. Sniper/Driver

Senjata yang bersifat jarak jauh harus diutamakan oleh Sniper. Senjata seperti Kar/SKS, scope 8x, etc harus diberikan kepada sniper. Bagi peringkat awal, watak ini boleh gunakan AKM dan peluru 7.62 harus jadi keutamaan untuk watak ini. Senjata kedua, biasanya watak sniper lebih baik menggunakan senjata yang biasa untuk peringkat awal seperti shotgun. Jika ada lebih assault riffle tiada masalah untuk gunakan.

Selain itu Sniper juga bertanggungjawab untuk memandu kenderaan.

3. Support

Watak ini biasanya akan mengumpul semua jenis peluru yang dipakai untuk pasukan sebagai berjaga-jaga. Senjata yang sesuai ialah berisfat close range untuk lindungi diri dan pasukan jarak dekat seperti S12K dan Vector/UMP. Watak ini juga bertanggungjawab untuk bekalkan diri dengan segala jenis bom. Dia bertanggungjawab untuk buat kacau atau jadi distraction.

4. Medic

Tanggungjawab watak ini ialah membekalkan alat ubatan seperti aid, pain killer etc. Selain itu, ia juga bertanggungjawab menggubati pemain yang sedang nazak. Medic boleh menggunakan apa-apa sahaja senjata yang dia rasakan sesuai.

 

Entry lain Team Moshed akan cuba kongsikan kod bahasa untuk komunikasi sesama pasukan.

Dapatkan Kemaskini Terus Ke Peranti Anda Sekarang. Klik Langgan dan "Allow".

Tinggalkan Komen

Alamat email anda tidak akan disiarkan.