Ini Perubahan Yang Anda Akan Dapati Dalam UPDATE PUBG Mobile 0.5.0
PlayerUnknown’s Battlegrounds ateau lebih dikenali sebagai PUBG baru sahaja melakukan penambahbaikan 0.5.0 untuk pengguna telefon pintar. Pada entry ini, Team Moshed ingin berkongsikan kepada anda semua penambahan apakah yang dilakukan oleh PUBG Mobile.
Walaupun ia bukan update versi 1.0 tetapi versi 0.5.0 telah menawarkan banyak perkara baru dan penambahbaikan.
Antaranya yang paling ketara ialah penambahan peta terbaru iaitu Miramar. Miramar merupakan sebuah tempat padang pasir. Selain itu, tempat tersebut juga menawarkan kenderaan terbaru dan senapang yang baru. Pada ketika ini kelihatannya peta terbaru ini tidak didukung dalam mode Arcade.
Selain peta terbaru, terdapat aktiviti misi dan kemajuan yang menawarkan tawaran yang lebih menggiurkan berdasarkan misi anda. Misi yang lebih baru akan hadir bila anda terus menerus menamatkan misi-misi tersebut.
Anda juga boleh berkongsi BP anda kepada rakan-rakan dan menyertai crew. Namun update terbaru ini memebolehkan fungsi ‘quick team’. Jika ada orang yang dekat sekitar yang main PUBG Mobile, anda boleh mengisi 6 kod untuk turut menyertai dengan mereka.
Tetapi tentu sahaja anda harus menemukan sinerji dan hubungan dengan team baru anda.
Terakhir sekali, penambahbaikan ini turut memasukkan chat channel berdasarkan bahasa untuk anda menugumpul tawaran bagi setiap tier dalam musim 2, kedai akan membolehkan anda preview dan membeli pakaian dan barangan. Dalam masa yang sama, Secret Stash juga membolehkan anda membeli item yang memilki promsi.
Bagi admin, sedikit mengecewakan, update ini tidak memasukkan feature yang membolehkan anda memilih region dan flag. Menurut Tencent, ia mungkin akan ditambah nanti.
Update ini anda boleh dapatkan di Playstore yang memakan kapasiti 700MB.